KUNJUNGAN HORMAT KE UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)


23 Julai 2023 – Delegasi MyIPO diketuai Pengerusi MyIPO, YBrs. Ts Dr. Mohd Zuhan Mohd Zain telah melakukan kunjungan hormat ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Antara topik utama yang dibincangkan ialah berkaitan Program IP2U Wanita yang diadakan bersempena sambutan Hari Harta Intelek Sedunia pada tahun ini dan jalinan kerjasama antara UMK dengan MyIPO.

Hadir sama dalam kunjungan ini, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UMK; Encik Kamal Kormin, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal); dan Prof. Ir. Ts. Dr. Julie Juliewatty Mohamed, Pengarah Kanan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UMK.