KUNJUNGAN HORMAT KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT BAGI U.S. INTERNATIONAL TRADE COMMISSION


21 Julai 2023 – MyIPO hari ini menerima kunjungan hormat dari Kedutaan Amerika Syarikat bagi U.S. International Trade Commission melalui wakil yang merupakan pakar ekonomi iaitu Ms. Heather Wickramarachi dan Mr. Nathan Lotze bagi mengadakan perbincangan berkaitan perkembangan harta intelek dan isu-isu industri pembuatan farmaseutikal tempatan, isu pelesenan, dan cabaran berkaitan akses kepada diagnostik dan terapi COVID-19.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MyIPO, Tuan Kamal bin Kormin telah mempengerusikan sesi mesyuarat tersebut. Hadir sama, Encik Razhuan Hussein, Pengarah Kanan Bahagian Formaliti Paten dan Pendaftaran Antarabangsa serta pegawai–pegawai kanan MyIPO dan kedutaan.