KUNJUNGAN HORMAT MyIPO KE PEJABAT MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)

3 Julai 2023 – Delegasi MyIPO diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal), YBrs. Encik Kamal Kormin melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri KPWKM, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri di pejabat beliau di Putrajaya. Antara topik utama yang dibincangkan ialah berkaitan sambutan Hari Harta Intelek Sedunia pada tahun ini yang bertemakan “Women and IP: Accelerating Innovation and Creativity” dan jalinan kerjasama yang bersesuaian antara KPWKM dengan MyIPO.

Hadir sama dalam kunjungan ini TKSU (Strategik) KPWKM, YBrs. Encik Chua Choon Hwa, Penolong Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan Perniagan) MyIPO, Encik Sheikh Ariffin Sh. Mohd Noor dan Penolong Ketua Pengarah (Kewangan & Pentadbiran), Puan Yusnieza Syarmila Mohd Yusof serta pegawai-pegawai kanan kedua belah pihak.