LAWATAN RASMI KETUA SETIAUSAHA KPDNHEP


9 Mac 2020- Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Turut mengiringi adalah Dato’ Iskandar Halim bin Hj. Sulaiman, Pengarah Bahagian Penguatkuasa.

Delegasi dibawa melawat ke Kaunter Khidmat Pelanggan dan diikuti dengan pembentangan berkenaan profil korporat MyIPO, cabaran-cabaran, pencapaian-pencapaian, dan inisiatif-inisiatif baru yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah MyIPO, Tn. Hj. Zulkarnain Muhammad.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan adalah majlis potong pulut kuning sebagai simbolik sambutan ulang tahun pengkorporatan MyIPO yang ke-17.