LAWATAN RASMI YB MENTERI DAN YB TIMBALAN MENTERI KPDNHEP


8 Ogos 2018- Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’ Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Chong Chieng Jen mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Turut mengiringi adalah Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Jamil Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Dato’ Basarudin Sadali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan) Datuk Muez Abd. Aziz.

Delegasi dibawa melawat ke Kaunter Khidmat Pelanggan dan diikuti dengan pembentangan berkenaan profil korporat MyIPO, cabaran-cabaran, pencapaian-pencapaian, dan inisiatif-inisiatif baru yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah MyIPO, Tn. Hj. Mohd Shahar Osman.

Dalam majlis yang sama, MyIPO menyampaikan sumbangan berjumlah RM50 ribu untuk Tabung Harapan Malaysia bagi membantu mengurangkan hutang negara.