Press Releases
1. MEET & GREET WITH FRIENDLY MEDIA
2. MyIPO, EUROPEAN PATENT OFFICE AND JAPAN PATENT OFFICE SIGN MoU TO PURSUE COLLABORATION ON IP SYSTEMS AND PRACTICES
17 Ogos 2020 – Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Mohamad Alamin hari ini menyerahkan watikah pelantikan Anggota Tribunal Hak Cipta yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2020 yang lalu selama 3 tahun.
Prof. Madya Rohazar Wati Zuallcobley dilantik sebagai Pengerusi, manakala Prof. Dr. Nazura Abdul Manap sebagai Timbalan Pengerusi. Ahli tribunal dianggotai Dato’ Kamil Ahmad Mohd Othman, Dato’ Ahmad Dahuri Mahmud, Abdul Aziz lsmail, Othman Masri, Wong Jin Nee dan Mohd Azree Mohd Ariffin. Turut dilantik Rashidah Ridha Sheikh Khalid, Pengarah Bahagian Hak Cipta MyIPO sebagai Setiausaha Tribunal.
Tribunal Hak Cipta berfungsi sebagai satu platform rasmi yang dapat menyelesaikan pertikaian yang melibatkan hak cipta serta menentukan pembayaran saraan yang saksama yang secara tidak langsungnya membantu melincirkan hasil pendapatan di dalam industri kreatif negara.
Menurut Mohamad Alamin, adalah menjadi hasrat Kerajaan dan MyIPO khususnya, agar keseimbangan hasil ekonomi iaitu hasil pendapatan royalti pengkarya–pengkarya hakcipta yang berjaya dikutip dapat dikongsi bersama antara pengurusan badan pelesenan dan ahli-ahlinya mengikut amalan standard badan pelesenan berdasarkan prinsip Transparency, Accountability and Good Governance (TAG).
Malah, katanya, Tribunal Hakcipta dapat menjadi satu badan alternatif Mahkamah yang sangat sesuai bagi mendengar dan memutuskan isu pertikaian pengagihan royalti antara badan pelesenan dan ahli-ahlinya dengan kos yang minimum dan lebih cepat berbanding tindakan di mahkamah.
Kami mengalu-alukan mereka yang komited untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami untuk memacu industri harta intelek di Malaysia.
Tiada kekosongan jawatan buat masa ini.
[tc-m id=”3″]
We welcome those who are committed to be part of our energetic team to drive the IP industry in Malaysia.
No vacancy at this moment.
Kami mengalu-alukan mereka yang komited untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami untuk memacu industri harta intelek di Malaysia.
Tiada kekosongan jawatan buat masa ini.
[tc-m id=”3″]
We welcome those who are committed to be part of our energetic team to drive the IP industry in Malaysia.
No vacancy at this moment.