Press Releases
1. MEET & GREET WITH FRIENDLY MEDIA
2. MyIPO, EUROPEAN PATENT OFFICE AND JAPAN PATENT OFFICE SIGN MoU TO PURSUE COLLABORATION ON IP SYSTEMS AND PRACTICES
SOALAN LAZIM
Tribunal Hak Cipta ditubuhkan bagi mendengar tuntutan sesiapa yang berminat untuk mendapatkan permohonan untuk kegunaan karya berhakcipta dan juga bagi mendapatkan tuntutan relif terhadap pengendali skim pelesenan hakcipta.
Iaitu pelakon, penyanyi, pemuzik, penari atau mana-mana orang yang berlakon, menyanyi, menyampaikan, mendeklamasi, memainkan, menginterpretasi, atau selainnya membuat suatu persembahan.
Iaitu Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) yang telah diisytiharkan oleh Pengawal Hakcipta sebagai Badan pelesenan yang sah dan menawarkan skim pelesenan kepada individua tau organisasi.
Individu atau organisasi yang menggunakan skim pelesenan yang ditawarkan oleh Pengendali.
Organisasi Pengurusan Kolektif yang dibatalkan perisytiharannya atas sebab-sebab tertentu oleh Pengawal Hakcipta.
Seseorang yang berhasrat atau pihak yang berkepentingan yang ingin mendapatkan permohonan lesen bagi terjemahan suatu karya sastera dalam bahasa asing dan diterbitkan ke dalam bahasa kebangsaan atau vernakular.
Mana-mana ahli Organisasi Pengurusan Kolektif yang berhasrat untuk merujuk pertelingkahan melibatkan royalti antara beliau dan Organisasi Pengurusan Kolektif yang mewakilinya.
Tribunal Hakcipta boleh mendengar dan memutuskan isu-isu yang dibawa oleh orang yang berminat ‘interested person’ seperti berikut:
Mendengar dan memutuskan permohonan tuntutan Pelaku berkaitan pembayaran hak saraan saksama daripada pengendali skim pelesenan hakcipta.
Mendengar dan memutuskan apa jua isu rujukan oleh pengendali, seseorang atau organisasi berkaitan skim pelesenan hakcipta yang ditawarkan kepada pengguna skim pelesenan tersebut.
Mendengar dan memutuskan rayuan oleh badan pelesenan yang dibatalkan perisytiharannya oleh Pengawal Hakcipta.
Mendengar dan memutuskan permohonan mendapatkan lesen permohonan bagi terjemahan suatu karya sastera dalam bahasa asing yang hendak diterbitkan ke dalam bahasa kebangsaan atau vernakular.
Mendengar dan memutuskan permohonan pertelingkahan royalti antara ahli dan Organisasi Pengurusan Kolektif yang mewakilinya.
Tiada had masa bagi sebarang pemfailan dan aduan kepada Tribunal Hak Cipta
Sesiapa yang berminat bagi mendapatkan maklumat mengenai Tribunal Hak Cipta boleh menghubungi kami seperti berikut:
|
Tiada Kekosongan Jawatan di MyIPO
[tc-m id=”3″]
Currently no vacancy available in MyIPO
Tiada Kekosongan Jawatan di MyIPO
[tc-m id=”3″]
Currently no vacancy available in MyIPO