MESYUARAT BERKENAAN KAJIAN BAGI MEWUJUDKAN PUSAT SETEMPAT PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK DI MALAYSIA


6 September 2019 – Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Dato’ Mohd Roslan Mahayudin telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan kajian bagi mewujudkan pusat setempat pengkomersialan harta intelek di Malaysia.

Objektif mesyuarat adalah untuk mengenalpasti keperluan pewujudan sebuah pusat setempat pengkomersialan harta intelek di Malaysia serta kaedah pelaksanaan pusat pengkomersialan tersebut

Seramai 30 orang ahli mesyuarat daripada pelbagai organisasi yang terlibat secara langsung dengan ekosistem pengkomersialan di dalam negara seperti pemberi dana dan geran penyelidikan dan juga institusi latihan pengkomersialan seperti TERAJU dan INSKEN telah menghadiri mesyuarat terebut