Press Releases
1. MEET & GREET WITH FRIENDLY MEDIA
2. MyIPO, EUROPEAN PATENT OFFICE AND JAPAN PATENT OFFICE SIGN MoU TO PURSUE COLLABORATION ON IP SYSTEMS AND PRACTICES
16 Jun 2017 – Sempena Ramadan ini, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada anak yatim dan asnaf daripada Parlimen Titiwangsa. Sumbangan disampaikan Pengerusi MyIPO, Dato’ Sri Abdul Manan Ismail di Masjid Al- Akram, Kg. Dato’ Keramat, dekat sini, hari ini.
Sumbangan ini bertujuan membantu mereka membuat persiapan raya yang akan datang.
Majlis ini merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MyIPO yang diadakan setiap tahun di Parlimen yang berbeza. Tahun sebelumnya ia diadakan di Parlimen Lembah Pantai.
Sebelum itu, MyIPO turut mengedarkan 300 bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Kg. Dato’ Keramat.
Hadir sama Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani yang turut berbuka puasa serta solat maghrib berjemaah bersama masyarakat setempat dan kakitangan MyIPO.
Turut hadir, Ketua Pengarah MyIPO, Dato’ Shamsiah Kamaruddin serta Pengerusi Masjid Al-Akram, Abdul Karim Mat Asil.
Tiada Kekosongan Jawatan di MyIPO
[tc-m id=”3″]
Currently no vacancy available in MyIPO
Tiada Kekosongan Jawatan di MyIPO
[tc-m id=”3″]
Currently no vacancy available in MyIPO