PELANCARAN PROGRAM IP2U WANITA PERINGKAT NEGERI SARAWAK


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh telah melancarkan Program IP2U Wanita Peringkat Negeri Sarawak di Kuching pada 26 Mei 2023.

Program kedua selepas Sabah hari ini dihadiri lebih 100 usahawan wanita dari negeri Bumi Kenyalang. Peserta didedahkan dengan isu-isu berkaitan kepentingan perlindungan harta intelek yang mampu melonjak perniagaan sehingga ke peringkat global. Dalam program yang sama MyIPO turut menyampaikan sumbangan IP2U Rahmah kepada 10 penerima bertujuan membantu golongan usahawan B40 terutamanya peniaga kecil bagi melindungi serta mendaftar harta intelek mereka. Ini termasuk pemberian tunai bagi sebagai modal pembelian peralatan berniaga melalui zakat wakalah MyIPO.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) MyIPO, Tuan Kamal Kormin dan Pengarah KPDN Sarawak, Encik.Matthew Dominic Barin. Turut hadir Penolong Ketua Pengarah (Kewangan & Pentadbiran), Puan Yusnieza Syarmila Yusof.