Pemilik hak cipta boleh menggunakan Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta sebagai suatu keterangan prima facie dalam membuktikan keempunyaan karya berhakcipta masing-masing. Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta juga adalah penambahbaikan kepada sistem perlindungan hak cipta sedia ada di Malaysia di mana pemberitahuan karya hak cipta disimpan di dalam Daftar Hak Cipta di MyIPO. Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta boleh dikemukakan kepada MyIPO dengan caj minimum (sila rujuk fi yang ditetapkan).
Pemfailan Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta adalah mudah untuk difailkan.
1. Pemberitahuan Hak Cipta oleh pencipta/pemunya/pemegang lesen/pemegang serah hak hakcipta (‘Pemunya Hakcipta’) perlu kemukakan:
a) Borang CR-1
b) Salinan elektronik karya
c) Fi
2. Borang CR-3 diisi hanya jika pencipta/pemunya/pemegang lesen ingin melantik wakil. Borang CR-3 boleh dikemukakan oleh ejen Harta Intelek, individu mewakili bukan warganegara, bukan warganegara tetapi beralamat di Malaysia dan individu yang mewakili pemohon. Borang CR-3 tidak terpakai kepada dispatch/runner dan pekerja yang mewakili syarikat pemohon.
3. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Manual Permohonan Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta.