Peperiksaan untuk Ejen Paten

  1. Lembaga Pemeriksa hendaklah menjalankan suatu peperiksaan yang terdiri daripada subjek berikut:
    • teknologi;
    • undang-undang dan amalan paten Malaysia;
    • undang-undang dan amalan cap dagangan Malaysia dan reka bentuk; dan
    • undang-undang dan amalan harta perindustrian asing
  2. Sesuatu permohonan untuk didaftarkan sebagai calon peperiksaan hendaklah dibuat kepada Lembaga Pemeriksa dalam Borang 18A berserta bayaran fi yang ditetapkan.

Rayuan Terhadap Keputusan Peperiksaan Ejen Paten

  1. Seseorang calon yang telah menduduki peperiksaan dan gagal mana-mana subjek, jika dia tidak berpuas hati dengan keputusannya boleh membuat rayuan kepada Ketua Setiausaha untuk menyemak semula keputusan itu dalam masa empat belas hari dari tarikh pemberitahuan keputusan bersama-sama dengan bayaran fi yang ditetapkan.
  2. Apabila diterima suatu rayuan, Ketua Setiausaha hendaklah menimbangkan rayuan itu dan membuat keputusan mengenainya.
  3. Keputusan Ketua Setiausaha hendaklah muktamad dan konklusif.

Menduduki Semula Peperiksaan Ejen Paten

  1. Seseorang calon yang telah menduduki dan gagal untuk lulus mana-mana atau semua subjek pada suatu peperiksaan boleh memohon untuk menduduki semula subjek atau subjek-subjek, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada peperiksaan yang berikut dan permohonan itu hendaklah dibuat kepada Lembaga Pemeriksa dalam Borang 18B bersama-sama dengan bayaran fi yang ditetapkan.
  2. Mana-mana calon yang telah gagal untuk lulus semua subjek selepas tiga kali percubaan hendaklah disifatkan telah gagal peperiksaan keseluruhan.
  3. Mana-mana calon yang disifatkan telah gagal keseluruhan peperiksaan boleh memohon semula untuk didaftarkan sebagai calon peperiksaan.