PERHIMPUNAN TAHUNAN KE-64 PERTUBUHAN HARTA INTELEK SEDUNIA (WIPO) DI GENEVA, SWITZERLAND


7 Julai 2023 – Timbalan Ketua Pengarah MyIPO, YBrs. Encik Kamal Kormin telah mewakili Malaysia dalam Perhimpunan Tahunan Ke-64 Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) di Geneva, Switzerland. Dalam persidangan tersebut beliau telah menyampaikan kenyataan dan berkongsi kejayaan Malaysia dalam mengadapi cabaran untuk memperkukuhkan ekosistem harta intelek negara.

Beliau juga turut menyatakan komitmen Malaysia bagi mempromosikan penggunaan harta intelek di kalangan usahawan wanita tempatan selaras dengan tema Hari Harta Intelek Negara tahun ini iaitu; “Wanita dan Harta Intelek” di mana MyIPO akan membantu usahawan-usahawan ini melindungi harta intelek dan berkongsi kepentingan memiliki harta intelek untuk membesarkan perniagaan mereka.