Press Releases
1. MEET & GREET WITH FRIENDLY MEDIA
2. MyIPO, EUROPEAN PATENT OFFICE AND JAPAN PATENT OFFICE SIGN MoU TO PURSUE COLLABORATION ON IP SYSTEMS AND PRACTICES
Pada tahun 2024, Kerajaan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 sekali lagi telah menyediakan Dana Pemfailan Harta Intelek bagi menggalakkan inovasi dan meningkatkan pemfailan harta intelek di kalangan rakyat Malaysia. |
Dana ini meliputi bantuan pembiayaan pemfailan harta intelek bagi paten/ perbaharuan utiliti (utility innovation (UI)), cap dagangan, reka bentuk perindustrian dan hak cipta. |
Bagi melancarkan pelaksanaan dana ini, MyIPO menjemput ejen paten yang berdaftar di Malaysia yang berminat untuk menawarkan khidmat profesional kepada penerima-penerima dana bagi tujuan pemfailan permohonan paten/ UI di bawah program ini. |
2.1 Pemohon mestilah memenuhi kriteria berikut: |
i. Terbuka kepada semua ejen paten yang berdaftar di Malaysia dan tersenarai aktif dalam Daftar Ejen Paten; |
ii. Pemohon hanya layak mengemukakan SATU (1) permohonan Ejen Paten Dana IP 2.0 sahaja; dan |
iii. Permohonan hendaklah dikemukakan bermula dari 5 Februari 2024 sehingga 19 Februari 2024. |
3.1 | Penerima dana paten/ UI yang berjaya HANYA akan menerima pembiayaan yang meliputi fi perkhidmatan seperti jadual di bawah: |
|
3.2 | Dana IP 2.0 hanya terhad kepada fi perkhidmatan yang dinyatakan dalam Jadual A: Jadual Skop Pembiayaan Permohonan Dana Paten/ UI dan sebarang bayaran tambahan bagi fi perkhidmatan hendaklah ditanggung oleh penerima dana itu sendiri. |
3.3 | Bayaran fi perkhidmatan yang dikenakan berdasarkan Jadual A: Jadual Skop Pembiayaan Permohonan Dana Paten/ UI untuk Perkara Bil. 1 dan Bil. 2 akan dibayar terus kepada Ejen Paten Dana IP 2.0 setelah kerja-kerja yang dilaksanakan selesai dan diperakukan oleh pihak Urus Setia Dana IP 2.0. |
4.1 EJEN PATEN DANA IP 2.0: |
4.1.1 | Menjalankan carian awal (searching) terhadap reka cipta penerima dana dan menyediakan laporan Kebaharuan (novelty) dan Kebolehpatenan (patentability); |
4.1.2 | Menyediakan laporan carian awal (searching) dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan dokumen Perihal Reka Cipta Pemohon; |
4.1.3 | Menyerahkan laporan carian awal (searching) reka cipta tersebut kepada pihak Urus Setia Dana IP 2.0 bagi tujuan pengesahan dan perakuan; |
4.1.4 | Menyediakan spesifikasi paten/ UI serta borang-borang yang berkaitan bagi tujuan pemfailan reka cipta yang memenuhi kriteria serta melepasi fasa carian awal (searching). Borang-borang yang perlu dilengkapkan adalah berikut: |
a) Form 1 / Form 14 | ||
b) Form 5 | ||
c) Form 17 | ||
d) Form 22 |
4.1.5 | Menyediakan spesifikasi paten/ UI serta borang-borang yang berkaitan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh pengesahan dan perakuan laporan carian awal oleh pihak Urus Setia Dana IP 2.0; |
4.1.6 | Membuat pemfailan dokumen paten/ UI yang lengkap di kaunter MyIPO SECARA MANUAL sahaja. Pemfailan secara atas talian TIDAK DIBENARKAN; |
4.1.7 | Mendapatkan baucer daripada Urus Setia Dana IP 2.0 untuk pembayaran pemfailan bagi pihak penerima dana; |
4.1.8 | Sentiasa berkomunikasi dengan penerima dana bagi memastikan kerja-kerja penyediaan dokumen paten/ UI dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan; |
4.1.9 | Memaklumkan kepada pihak Urus Setia Dana IP 2.0 berkenaan status permohonan bagi tujuan pemantauan dan perekodan; dan |
4.1.10 | Menandatangani Surat Aku Janji sebelum memulakan sebarang perkhidmatan di bawah Dana IP 2.0. |
4.2 PENERIMA DANA: |
4.2.1 | Bertanggungjawab untuk memilih dan melantik satu (1) Ejen Paten Dana IP 2.0 untuk mewakilinya berdasarkan senarai yang disediakan oleh pihak Urus Setia Dana IP 2.0; |
4.2.2 | TIDAK DIBENARKAN untuk melantik ejen paten selain yang disenaraikan oleh pihak Urus Setia Dana IP 2.0; |
4.2.3 | Menanggung sebarang fi perkhidmatan tambahan Ejen Paten Dana IP 2.0 yang tidak disenaraikan dalam Jadual A: Jadual Skop Pembiayaan Permohonan Dana Paten/ UI tersebut; |
4.2.4 | Menandatangani Surat Aku Janji selepas melantik Ejen Paten Dana IP 2.0; dan |
4.2.5 | Sentiasa memberikan kerjasama kepada Ejen Paten Dana IP 2.0 yang dilantik dengan memberikan segala maklumat tambahan berkaitan reka cipta untuk tujuan penyediaan dokumen paten. |
Fi perkhidmatan seperti di Jadual A: Jadual Skop Pembiayaan Permohonan Dana Paten / UI untuk Perkara Bil. 1 dan Bil. 2 akan dibayar kepada Ejen Paten Dana IP 2.0 setelah diperakukan oleh pihak Urus Setia Dana IP 2.0 berdasarkan tugas dan tanggungjawab yang telah diselesaikan. |
Permohonan sebagai Ejen Paten Dana IP 2.0 bagi mengurus pemfailan paten/ UI di bawah Dana IP 2.0 tahun 2024 boleh dibuat melalui pautan berikut: |
http://tinyurl.com/pendaftaranejenpatenui2024 |
Pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui emel atau talian telefon seperti di bawah: |
Emel: dana2.0@myipo.gov.my |
Pegawai untuk dihubungi: |
En. Azri – 03-7490 2858 |
Pn. Nor Shafiza – 03-7490 2857 |
Pn. Nur Ain Nabila – 03-7490 2859 |
Kami mengalu-alukan mereka yang komited untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami untuk memacu industri harta intelek di Malaysia.
MyIPO menawarkan pengisian bagi jawatan berikut:
1. Pembantu Harta Intelek (Kontrak)
Tarikh akhir permohonan: 12 November 2024
2. Penolong Pegawai Harta Intelek (Kontrak)
Tarikh akhir permohonan: 17 November 2024
[tc-m id=”3″]
We look forward to welcoming those who want to be part of our dynamic team to drive the IP industry in Malaysia.
We are hiring for the following position:
1. Pembantu Harta Intelek (Kontrak)
Application deadline: 12 November 2024
2. Penolong Pegawai Harta Intelek (Kontrak)
Application deadline: 17 November 2024
Kami mengalu-alukan mereka yang komited untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami untuk memacu industri harta intelek di Malaysia.
MyIPO menawarkan pengisian bagi jawatan berikut:
1. Pembantu Harta Intelek (Kontrak)
Tarikh akhir permohonan: 12 November 2024
2. Penolong Pegawai Harta Intelek (Kontrak)
Tarikh akhir permohonan: 17 November 2024
[tc-m id=”3″]
We look forward to welcoming those who want to be part of our dynamic team to drive the IP industry in Malaysia.
We are hiring for the following position:
1. Pembantu Harta Intelek (Kontrak)
Application deadline: 12 November 2024
2. Penolong Pegawai Harta Intelek (Kontrak)
Application deadline: 17 November 2024