MEMOHON PETUNJUK GEOGRAFI
PEMFAILAN SECARA MANUAL
PEMFAILAN SECARA ATAS TALIAN
IP Online Portal menyediakan permohonan pemfailan permohonan petunjuk geografi, yang terdiri daripada Borang GI 1 hinggalah Borang GI 19. Borang-borang yang berkaitan & dokumen sokongan boleh dimuat naik sebagai lampiran semasa proses pemfailan.
Persediaan sebelum memulakan pemfailan:
- Sediakan dokumen di dalam format digital (GIF, TIFF, PDF atau DOC).
- Sila pastikan bahawa representasi Petunjuk Geografi di dalam format GIF dengan saiz tidak melebihi 100KB dan 120 × 90 piksel.
- Sediakan Akuan Berkanun di dalam format TIFF atau PDF.
- Sediakan Senarai Barangan dalam bentuk fail DOC untuk dimuat naik ke IP Online Portal.
- Dapatkan Digital ID dari MyIPO – https://digitalid.msctrustgate.com/MyIPO
- Install digital ID ke dalam PC.
- Digital ID mestilah disertakan dengan borang permohonan
- Teruskan dengan pembayaran. Sila semak Fi dalam jadual bayaran
- Cetak borang pengesahan setelah selesai pemfailan