PERTANDINGAN VIDEO KREATIF TIKTOK HARTA INTELEK NADI MALAYSIA MADANI

VIDEO KREATIF TIKTOK

loader-icon
SYARAT DAN KRITERIA PERTANDINGAN VIDEO KREATIF TIKTOK: ‘HARTA INTELEK NADI MALAYSIA MADANI’

Terbuka kepada warganegara MALAYSIA SAHAJA (kecuali kakitangan MyIPO)
Peserta mestilah berumur 15 tahun dan ke atas.
Penyertaan adalah secara INDIVIDU.
Setiap produksi boleh melibatkan seberapa ramai pelakon.
Tarikh & Tempoh pertandingan : 16 Februari 2024 hingga 17 Mac 2024.
Hakcipta video yang dipertandingkan adalah hak milik MyIPO dan video pemenang akan dimuatnaik di media sosial rasmi MyIPO.
Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh panel pengadil dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
Hasil karya yang dihantar akan menjadi hak milik mutlak PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA.
MyIPO tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati video yang dihantar adalah tidak asli, diplagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
Pemenang akan dinilai mengikut kriteria:
Idea & Kreativiti
Level of engagement (Likes & Views)
Kesesuaian dengan tema
SPESIFIKASI VIDEO

Tema pertandingan ialah HARTA INTELEK NADI MALAYSIA MADANI.
Video mestilah berkaitan harta intelek atau MyIPO (kepentingan pendaftaran harta intelek / komponen harta intelek / perkhidmatan yang disediakan oleh MyIPO / kejayaan atau success story dengan penggunaan harta intelek).
Video mestilah mengandungi mesej “Lindungi hasil kreativiti dan idea inovatif anda di MyIPO” atau “Jangan biarkan penciplak hidup senang lenang dengan hasil keringat anda, dapatkan perlindungan di MyIPO”.
Sila pastikan sebutan MyIPO adalah betul “mai-po”.
Durasi video minimum 1 minit dan maksimum 3 minit.
Video yang dihasilkan mestilah karya asli dan kreatif.
Pastikan akaun TikTok peserta adalah public (publicly viewable TikTok profiles).
Wajib mengikuti (follow) akaun TikTok rasmi MyIPO di @myipo_official.
Tag akaun media sosial rasmi MyIPO dan gunakan hashtag di bawah pada caption video:
• #BersamaMyIPO • #IPDay
• #MyIPOdihati • #HariHartaIntelekNegara
• #HHIN2024 • #HHIN2024TTcontest
Video mestilah diletakkan text Crawl” / “rolling text” / “text ticker yang mengandungi mesej “Road to HHIN 2024” sepanjang video
Genre video adalah terbuka seperti animasi, drama, sketsa, storytelling, komedi dan dokumentari. Infografik, photographic slides dan imej carousel adalah TIDAK DIBENARKAN.
Bahan dan kandungan (content) video kreatif yang dihasilkan hendaklah tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu serta tidak menyinggung kepada mana-mana pihak.
Bahan video yang dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan audio yang baik serta jelas.
Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
CONTOH TEKS MESEJ DENGAN ANIMASI - “SLIDE LEFT” / “SCROLLING TEXT” / “TEXT TICKER”


GARIS MASA PERTANDINGAN

TEMPOH PERTANDINGAN & PENYERTAAN.
16 Februari 2024 hingga 17 Mac 2024
PENILAIAN OLEH PANEL (tapisan pertama)
18 Mac 2024 hingga 22 Mac 2024
PENILAIAN AKHIR
25 Mac 2024 hingga 29 Mac 2024
PENGUMUMAN PEMENANG
18 April 2024
SENARAI HADIAH PEMENANG

  Tempat pertama : RM3,000.00
  Tempat kedua : RM2,000.00
  Tempat ketiga : RM1,000.00
  Saguhati : RM200.00 x 20 orang
Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan dijemput ke majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan pada 18 April 2024.
Perbelanjaan bagi perjalanan dan penginapan tidak disediakan dan tidak ditanggung penganjur.
PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Urus setia pertandingan video kreatif tiktok: ‘Harta Intelek Nadi Malaysia Madani’
1)
2)
Puan Noor Hezzelynn Merican
Puan Nurul Anura binti Nazam
Email rasmi urusetia:
03-7496 8964
03-7496 3870
tiktokHHIN@myipo.gov.my