Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menangguhkan prosiding pendengaran bagi 6 bulan pertama tanpa permohonan perlanjutan masa
Bangkangan:
Pendaftar boleh membenarkan pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding bangkangan untuk menangguhkan prosiding bangkangan bagi 6 bulan pertama tanpa sebarang bayaran perlanjutan masa (EOT) yang disebabkan oleh mana-mana kes litigasi yang berlaku serentak di mahkamah.
Syarat-syarat:
- Kedua-dua Pemohon dan Pembangkang merupakan pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding mahkamah;
- Kes/(kes-kes) tersebut dibicarakan dalam mahkamah Malaysia;
- Permohonan untuk penangguhan prosiding bangkangan ini perlu dibuat secara bertulis dan disokong dengan dokumen-dokumen yang releven.
- Permohonan yang tidak lengkap (tanpa dokumen sokongan) tidak akan dilayan dan pihak berkenaan perlu membayar fi permohonan perlanjutan masa yang biasa.
- Permohonan ini perlu dibuat seminggu sebelum tarikh tamat tempoh.
Fi permohonan perlanjutan masa akan dikenakan seperti biasa dari bulan ketujuh. Namun, pihak berkenaan masih perlu mendapatkan keizinan Pendaftar dengan mengemukakan dokumen sokongan setiap 3 bulan.
Pendengaran Ex-Parte:
Pendaftar boleh membenarkan Pemohon untuk menangguhkan prosiding Ex-parte bagi 6 bulan pertama tanpa sebarang bayaran yang disebabkan oleh mana-mana kes litigasi yang berlaku serentak di mahkamah.
Syarat-syarat:
- Kes/(kes-kes) tersebut dibicarakan dalam mahkamah Malaysia;
- Pemohon perlu mendapat keizinan Pendaftar setiap 3 bulan;
- Permohonan untuk penangguhan prosiding ex-parte ini perlu dibuat secara bertulis dan disokong dengan dokumen-dokumen yang releven.
- Permohonan yang tidak lengkap (tanpa dokumen sokongan) tidak akan dilayan dan Pemohon perlu membayar fi permohonan perlanjutan masa yang biasa.
- Permohonan ini perlu dibuat seminggu sebelum tarikh tamat tempoh.
Fi permohonan perlanjutan masa akan dikenakan seperti biasa dari bulan ketujuh. Namun, Pemohon masih perlu mendapatkan keizinan Pendaftar dengan mengemukakan dokumen sokongan setiap 3 bulan.
Berkuatkuasa mulai 1 November 2017