Prosedur Permohonan Cap Dagangan

  • Borang TM5 perlu dibuat 5 salinan dengan disertakan sekali 5 salinan logo
  • Satu salinan asal Surat Akuan Bersumpah (SD) dan disertakan bersama dengan satu salinan logo
  • Saiz logo tidak melebihi 10cm x 10cm
  • Satu salinan Borang 49/Borang D/ surat yang menyatakan senarai ahli pekongsi dan pengarah dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) jika permohonan didaftarkan di atas nama syarikat.
  • Dokumen tuntutan prioriti (jika perlu)
  • Terjemahan dari penterjemah bertauliah bagi logo yang mempunyai perkataan selain perkataan roman (jika perlu)
  • Pembayaran untuk satu permohonan adalah sebanyak  RM370.00. pembayaran boleh dibuat melalui tunai/ cek/ wang pos/bank draf di atas nama “Perbadanan Harta Intelek Malaysia”.