SIRI 2 WEBINAR PROGRAM IPMANAGE: ONE IP EXECUTIVE FOR EACH ORGANIZATION


25 Ogos 2021 – MyIPO telah menganjurkan webinar siri kedua di bawah Program IPManage: One IP Executive for Each Organization.

Webinar Siri 2 ini memfokuskan kepada topik paten dan reka bentuk perindustrian yang telah disampaikan oleh En. Muhammad Irfan Mustaqim Awang, Pengarah Urusan Patentsworth International Sdn Bhd dan En. Muhd Faiizudin Muhd Sharuji, Pengarah Bahagian Reka Bentuk Perindustrian, MyIPO.

Webinar ini bertujuan memberi kefahaman kepada peserta tentang konsep paten dan reka bentuk perindustrian, kriteria pendaftaran dan bagaimana ia dipraktikkan berdasarkan undang-undang di Malaysia.

Dalam sesi ceramah paten, En. Irfan menekankan aspek pengurusan paten yang cekap dan sistematik di mana setiap pemohon atau perekacipta perlu memahami “timeline” dan kronologi sesuatu permohonan paten.

Manakala menurut En. Faiizudin, “Reka Bentuk Perindustrian penting untuk didaftarkan bagi melindungi rupa bentuk luar sesuatu produk.  Perlindungan reka bentuk perindustrian boleh mencipta “demand” untuk pasaran sebagai contoh dalam keadaan dua produk yang mempunyai kualiti yang sama, kebanyakan pembeli akan memilih rupa bentuk produk yang lebih menarik perhatian dan “catchy” dalam membuat sesuatu pilihan”, katanya.

Webinar tersebut telah dihadiri oleh 70 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil universiti, pusat penyelidikan dan agensi-agensi kerajaan.