Press Releases
1. MEET & GREET WITH FRIENDLY MEDIA
2. MyIPO, EUROPEAN PATENT OFFICE AND JAPAN PATENT OFFICE SIGN MoU TO PURSUE COLLABORATION ON IP SYSTEMS AND PRACTICES
8 September 2021 – MyIPO telah menganjurkan webinar siri ketiga di bawah Program IPManage: One IP Executive for Each Organization.
Webinar Siri 3 ini memfokuskan kepada topik cap dagangan dan petunjuk geografi yang telah disampaikan oleh oleh Puan Norunnuha Datuk Hj Nawawi, Pengarah Urusan Syarikat Norunnuha Sdn Bhd dan En. Ryzul Osman Basah, Pegawai Harta Intelek Bahagian Cap Dagangan dan Petunjuk Geografi, MyIPO.
Webinar ini bertujuan memberi kefahaman kepada peserta tentang konsep asas dan prosedur pendaftaran bagi cap dagangan dan petunjuk geografi di Malaysia.
Menurut Puan Norunnuha, pemohon amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan membuat carian awal sebelum memohon sesuatu cap dagangan sama ada melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyIPO atau pihak ejen Cap Dagangan.
Dalam sesi ceramah petunjuk geografi pula, En Ryzul merungkaikan kekeliruan sesetengah pihak dengan menjelaskan produk-produk “plant variety” boleh didaftarkan sebagai petunjuk geografi (GI) atau cap dagangan dengan syarat perlindungan yang dimohon bukan nama saintifik “plant variety” tersebut sebaliknya adalah “denomination”. “Namun, sesuatu permohonan pendaftaran petunjuk geografi penting perlu memenuhi empat kriteria yang ditetapkan iaitu kualiti, faktor manusia, tempat dan faktor natural serta reputasi”, katanya.
Webinar tersebut telah dihadiri oleh 65 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil universiti, pusat penyelidikan dan agensi-agensi kerajaan.
Tiada Kekosongan Jawatan di MyIPO
[tc-m id=”3″]
Currently no vacancy available in MyIPO
Tiada Kekosongan Jawatan di MyIPO
[tc-m id=”3″]
Currently no vacancy available in MyIPO