TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN


14 Februari 2018 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengadakan taklimat pengurusan kewangan kepada warga kerjanya. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan keterhutangan serius, menjelaskan kepentingan pengurusan kewangan serta perkongsian teknik menguruskan kewangan dengan cara yang lebih berkesan.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Monarita binti Junaidi dari Bahagian Pendidikan Kewangan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).