PENGERUSI

YBRS. TS. DR. MOHD ZUHAN BIN MOHD ZAIN

YBrs. Ts. Dr Mohd Zuhan bin Mohd Zain telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 1 Mac 2023.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (MIS) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2003, Ijazah Sarjana Pengurusan Teknologi Maklumat (MIT) pada 2010, dan seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam Sistem Maklumat (IS) dari UTM pada tahun 2019. Beliau telah diiktiraf sebagai Ahli Teknologi Profesional (Ts) oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) pada tahun 2020.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan di sebuah syarikat swasta pada tahun 2003. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pasaran Internet of Things dan Artificial Intelligent..

Beliau telah diberi peranan dalam kerajaan Johor sebagai Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Kluang dan Penasihat Peribadi kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di bawah portfolio Usahawan dan Koperasi pada 2018 hingga 2020.

Sebagai ahli korporat, beliau kekal sebagai Pengerusi Syarikat Perisian sejak 2006. Selain itu, beliau juga kekal sebagai Presiden Al Fateh Education Group Malaysia sejak 2015. Beliau juga telah mengasaskan syarikat e-dagang sejak 2020 dan bertindak sebagai Pengerusi.

Beliau juga aktif dalam penulisan, antara kertas kerja yang telah diterbitkan ialah:

  • “Antecedences of Information System Use Continuance in the
    Context of e-Waqf System”, published in American Scientific, Volume 24,
    Number 10, October 2018, pp. 7723-7726(4), Indexed by SCOPUS.
  • “Proposing a Comprehensive IS Continuance Model and Its Factors”,
    IRICT 2018: Recent Trends in Data Science and soft Computing pp 820-830,
    Springer book chapter. Indexed by SCOPUS.
  • “Development of Instrument for Assessing Information Systems
    Continuance Use”, ICSIM 2019: Indexed by SCOPUS (ACM Digital Library).
  • “Measurement Item for IS Continuous Model”, Published in Journal of
    Theoretical and Applied Information Technology, Indexed by SCOPUS