ANGGOTA PERBADANAN

YBRS. DR. NOR AZLINA ARIFFIN

Dr. Nor Azlina binti Ariffin dilantik sebagai Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 15 September 2021.

Beliau berkelayakan Doktor Falsafah di dalam bidang Sains Politik dan mempunyai 23 tahun pengalaman di dalam sektor awam dan kini menyandang jawatan Setiausaha Bahagian, Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Dr. Nor Azlina banyak menghasilkan penulisan untuk pelbagai artikel, ulasan buku dan kertas pembentangan bagi pelbagai seminar dan persidangan.