ANGGOTA PERBADANAN

YBRS. TUAN BONIFACE ANAK EDWIN MANUNG

YBrs. Tuan Boniface Anak Edwin Manung dilantik sebagai Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 25 Disember 2023. Beliau memiliki Sarjana di dalam Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2007 dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1993. Beliau kini merupakan Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.