MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2024


6 MEI 2025 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPDN & Agensi Tahun 2024 telah berlangsung hari ini di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya. Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Mohd Ali untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang.

Tahniah kepada pegawai-pegawai MyIPO yang menerima anugerah ini. Semoga pengiktirafan ini akan menanam semangat dan memberi inspirasi kepada semua anggota warga MyIPO untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, menjadi contoh teladan bagi rakan sekerja mereka.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPDN, YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) KPDN, YBhg. Dato’ Haji Amran Haji Ahmad, dan Ketua Pengarah MyIPO, YBrs. Tuan Kamal Kormin.

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 120,495