Cap Dagangan ertinya apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain. Tanda termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, lable, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan atau apa-apa gabungannya. Cap Kolektif adalah suatu tanda yang menunjukkan barang-barang atau perkhidmatan anggota persatuan yang merupakan tuan punya cap kolektif daripada perusahaan yang lain. Cap perakuan adalah suatu tanda yang membezakan barang-barang atau perkhidmatan dengan tanda itu hendaklah digunakan adalah diperaku oleh tuan punya cap perakuan berkenaan dengan tempat asal, bahan, cara pengilangan barang-barang atau pelaksanaan perkhidmatan, kualiti, ketepatan atau ciri-ciri lain.
Daftar sebagai pengguna dan mulakan carian anda berkenaan Paten, Cap Dagangan, Reka Bentuk Perindustrian dan Petunjuk Geografi sekarang!
Press Releases
1. MEET & GREET WITH FRIENDLY MEDIA 2. MyIPO, EUROPEAN PATENT OFFICE AND JAPAN PATENT OFFICE SIGN MoU TO PURSUE COLLABORATION ON IP SYSTEMS AND PRACTICES
Tiada Kekosongan Jawatan di MyIPO
[tc-m id=”3″]
Currently no vacancy available in MyIPO