MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI HARTA INTELEK NEGARA (HHIN) 2025

24 APRIL 2025 – Hari ini berlangsung Majlis Perasmian Sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2025 yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Dengan tema “Muzik Kita, Milik Kita”, sambutan tahun ini mengangkat peranan penting penggiat muzik tempatan dalam membentuk identiti budaya negara. Tema ini turut menekankan kepentingan perlindungan hak cipta sebagai asas kepada kemampanan industri muzik Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif sambutan HHIN2025, MyIPO turut menawarkan pengurangan fi sebanyak 50% bagi Permohonan Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta untuk karya muzik, rakaman bunyi dan karya berkaitan, bermula 26 April 2025 selama 6 bulan.

Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memperkasa ekosistem harta intelek negara serta memberi galakan kepada para penggiat seni untuk mengambil langkah proaktif dalam melindungi hasil ciptaan mereka secara sah di sisi undang-undang.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPDN, YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDN, YBhg. Datuk Roziah Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) KPDN, dan Ketua Pengarah MyIPO, YBrs. Tuan Kamal Kormin

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 166,864