25 TAHUN MPOB: MyIPO TERIMA PENGHARGAAN KHAS SEBAGAI RAKAN STRATEGIK

 May be an image of 4 people and text May be an image of 5 people, dais and text that says "Malam Gala JUBLI PERAK MPOB PENGHARGAAN KEPADA RAKAN STRATEGIK 1"

5 MEI 2025 – MyIPO merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) atas pengiktirafan sebagai Rakan Strategik sempena sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan MPOB pada 1 Mei 2025.

Sejak penubuhannya, MPOB telah memainkan peranan penting dalam memajukan industri sawit negara di peringkat global. Bagi meraikan pencapaian ini, MPOB telah menganjurkan Malam Gala Jubli Perak MPOB sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan industri ini.

MyIPO amat berbesar hati menerima Penghargaan Khas atas komitmen, kerjasama strategik dan sumbangan berterusan dalam pembangunan sektor sawit negara. Ketua Pengarah MyIPO, Tuan Kamal Kormin, hadir sebagai tetamu kehormat untuk menerima penghargaan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada MPOB atas pencapaian 25 tahun yang gemilang! 🌴

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 113,414