DEFINISI PETUNJUK GEOGRAFI
Petunjuk geografi adalah tanda yg digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan kawasan berkenaan.
PERLINDUNGAN PETUNJUK GEOGRAFI
Perlindungan akan diberikan walaupun Petunjuk Geografi itu tidak didaftarkan. Perlindungan juga tetap diberikan terhadap satu lagi Petunjuk Geografi yang walaupun ianya di keluarkan di negara, kawasan, wilayah atau daerah dimana produk itu dihasilkan, tetapi ia telah memberi gambaran palsu kepada umum bahawa ia dihasilkan di negara, kawasan, wilayah dan daerah yang lain.
PENGECUALIAN DARI PERLINDUNGAN PETUNJUK GEOGRAFI
- Petunjuk geografi yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau adat atau wilayah asal; atau
- Petunjuk geografi yang tidak lagi mempunyai pendaftaran di negara asal
- Petunjuk geografi yang tidak lagi digunakan di dalam negara atau di wilayah asal.
HAK PENGGUNAAN
- Hanya pengeluar yang menjalankan aktiviti di dalam kawasan geografi seperti yang dinyatakan di dalam sijil pendaftaran sahaja boleh menggunakan Petunjuk Geografi yang berdaftar di dalam urusan perniagaan.
- Hak pengunaan produk hendaklah sepertimana yang didaftarkan berdasarkan spesifikasi kualiti, reputasi atau ciri-ciri yang dinyatakan didalam sijil pendaftaran.
TEMPOH PERLINDUNGAN
Tempoh perlindungan bagi Petunjuk geografi yang berdaftar adalah 10 tahun bermula dari tarikh pemfailan dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun.
PEMOHON YANG LAYAK
- Individu yang menjalankan activiti sebagai pengeluar di kawasan seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan dan berkaitan dengan produk sebagaimana yang disenaraikan di dalam borang permohonan.
- Pihak berkuasa tempatan; atau
- Organisasi perniagaan atau persatuan.