DEFINISI
Reka bentuk perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata.
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN YANG BOLEH DIDAFTARKAN
- Memenuhi tafsiran reka bentuk perindustrian
- Baru di Malaysia atau di tempat lain
- Tidak bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN YANG TIDAK BOLEH DIDAFTARKAN
- Kaedah atau prinsip pembinaan.
- Ciri yang bergantung kepada rupa suatu barangan lain
- Perbezaan daripada segi butir-butir tidak material (tidak penting) atau ciri-ciri biasa yang digunakan dalam suatu perdagangan
- Ciri yang ditentukan semata-mata oleh fungsi
KEPENTINGAN PENDAFTARAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN
Pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar mempunyai hak eksklusif untuk membuat, mengimport, menjual, menyewa atau menggunakan bagi tujuan perdagangan atau perniagaan.
TEMPOH PERLINDUNGAN
- Suatu reka bentuk perindustrian berdaftar adalah diberi perlindungan selama 5 tahun dari tarikh pemfailan.
- Perlindungan boleh dilanjutkan selama 4 tempoh di mana setiap tempoh perlindungan selama 5 tahun. Ini bermakna tempoh maksimum perlindungan ialah selama 25 tahun.
PEMOHON YANG LAYAK
- Pencipta asal reka bentuk perindustrian.
- Permohonan boleh dibuat samada orang perseorangan ataupun oleh sebuah syarikat.
- Sekiranya pemohon bukan pencipta, pernyataaan yang mewajarkan hak pemohon keatas pendaftaran (statement justifying applicant’s right) perlu dikemukakan semasa pemfailan permohonan.