BENGKEL MyIPO DESIGN LAB 2025 | “GRANDEUR AND AESTHETICS”


24 APRIL 2025 – Program MyIPO Design Lab yang telah berlangsung hari ini, menghimpunkan para usahawan, pereka bentuk serta penggiat industri kreatif dalam satu platform yang memberi tumpuan kepada peningkatan nilai estetika dalam reka bentuk perniagaan, selaras dengan kepentingan perlindungan reka bentuk perindustrian sebagai strategi daya saing.

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah MyIPO, YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff yang menekankan peranan penting reka bentuk dalam mencipta identiti perniagaan yang unik, serta keperluan untuk melindungi hasil ciptaan agar tidak ditiru atau disalah guna oleh pihak lain.

Dengan tema “Grandeur and Aesthetics”, program ini menyediakan bengkel intensif dan sesi praktikal yang membantu peserta meneroka pendekatan reka bentuk secara kreatif dan strategik. Para peserta juga diberi pendedahan kepada aspek perlindungan harta intelek serta kepentingan memahami kehendak pengguna dalam proses mencipta reka bentuk produk.

MyIPO merakamkan penghargaan kepada semua peserta, fasilitator dan rakan industri atas penyertaan dan komitmen yang diberikan. Semoga ilmu dan pengalaman daripada program ini dapat dimanfaatkan untuk memperkukuh lagi kedudukan perniagaan tempatan di pasaran.

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 244,162