LAWATAN KERJA MyIPO KE CNIPA, BEIJING

16 MEI 2024 – Pada 12 hingga 13 Mei 2025, delegasi dari MyIPO yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MyIPO, YBrs. Tuan Sh. Arifin Sh. Mohd Noor, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke China National Intellectual Property Administration (CNIPA) di Beijing.

 

Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkukuh hubungan dua hala antara MyIPO dan CNIPA serta mendapatkan pendedahan yang lebih mendalam mengenai pengurusan Sistem Pengetahuan Tradisional (Traditional Knowledge – TK) di CNIPA, khususnya berkaitan aspek akses, perlindungan dan integrasi maklumat ini dalam sistem pemeriksaan paten. Selain itu, lawatan ini juga memberi fokus kepada pengurusan serta prosedur permohonan bagi IC Layout Design, sebagai persediaan awal Malaysia dalam usaha membangunkan sistem pendaftaran khusus dalam bidang tersebut.

 

Delegasi MyIPO juga telah mengadakan mesyuarat dua hala bersama Dr. Lu Pengqi, Timbalan Pesuruhjaya CNIPA, serta pegawai kanan CNIPA bagi membincangkan pelbagai peluang kerjasama strategik pada masa hadapan.

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 113,834