MAJLIS PERSARAAN “ENGKAU LAKSANA BULAN, KENANGAN ABADI”

16 MEI 2024 – Majlis Persaraan anjuran MyIPO yang berlangsung pada hari ini telah diadakan dengan berlatarkan tema zaman P. Ramlee, simbolik kepada penghargaan terhadap budi dan jasa yang tidak lapuk dek zaman.

 

Majlis ini telah meraikan persaraan empat orang warga MyIPO, termasuk Ketua Pengarah, YBrs. Tuan Kamal bin Kormin, yang akan bersara wajib pada bulan Jun ini.

 

MyIPO merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh semua yang diraikan. Semoga persaraan ini menjadi permulaan kepada fasa kehidupan yang lebih bermakna.

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 114,457