11 MEI 2025 – Kampung Sungai Jerneh, Lubok China, Melaka telah dipilih sebagai kampung angkat MyIPO menerusi Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI). Kampung yang mempunyai sekitar 300 penduduk ini dipilih untuk memberi tumpuan kepada pelbagai aspek kesejahteraan penduduk setempat, termasuk isu kemiskinan, keciciran pendidikan, kesihatan, pengangguran, serta keperluan infrastruktur yang perlu ditambah baik.
Majlis pelancaran program telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MyIPO, Tuan Kamal bin Kormin, dan turut dihadiri oleh YB Datuk Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan
Negeri Melaka.
Melalui program ini, MyIPO berharap dapat memainkan peranan lebih aktif dalam membantu komuniti luar bandar mencapai pembangunan yang lebih seimbang dan memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk.
Hadir sama, Penolong Ketua Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) MyIPO, Razhuan Hussin dan Ketua Kampung Sungai Jerneh, Jaafar Atan.
PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN
©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)