SEMINAR AI DALAM INDUSTRI MUZIK BUKA MATA INDUSTRI KREATIF TERHADAP CABARAN ERA DIGITAL

21 APRIL 2025 – MyIPO hari ini menganjurkan Seminar AI dalam Industri Muzik di Menara MyIPO, Petaling Jaya, sebagai salah satu acara pembuka tirai Sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2025 yang berlangsung dari 21 hingga 25 April 2025.

Seminar ini memberi tumpuan kepada isu-isu semasa berkaitan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penciptaan muzik serta cabaran dan peluang yang timbul terhadap perlindungan hak cipta. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MyIPO, Tuan Kamal Kormin.

Sepanjang seminar ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai perspektif berkaitan AI dalam muzik melalui dua sesi utama. Encik Rosmin Hashim, Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), membuka sesi dengan topik “AI Dalam Muzik: Dari Pandangan Industri”, manakala Encik Ahmad Hafiz Zubir, pengamal undang-undang harta intelek, membentangkan topik “AI Dalam Muzik: Dari Pandangan Perundangan”, yang membincangkan keperluan penyesuaian kerangka undang-undang sedia ada dalam mendepani realiti baharu teknologi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MyIPO, Yusnieza Syarmila Yusoff dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Sh Arifin Sh Mohd Noor.

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 120,313