SEMINAR CELIK HAK CIPTA BERSAMA INDUSTRI PENYIARAN


25 APRIL 2025 – Seminar Celik Hak Cipta Bersama Industri Penyiaran sempena Sambutan Hari Harta Intelek Negara 2025 telah menghimpunkan penggiat industri penyiaran bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap kepentingan perlindungan hak cipta dalam era digital.

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Razhuan Hussin, Penolong Ketua Pengarah (Pentadbiran & Kewangan) MyIPO, yang menekankan bahawa hak cipta merupakan harta intelek yang penting dan perlu dilindungi serta dimanfaatkan secara strategik.

Antara pengisian utama seminar ini ialah pembentangan oleh Prof. Madya Rohazar Wati Zuallcobley, Pensyarah dan Pengerusi Tribunal Hak Cipta, yang bertajuk “Muzik Tanpa Sempadan: Undang-undang Malaysia & Antarabangsa”. Beliau mengupas isu pelindungan karya muzik merentas sempadan dan cabaran yang dihadapi dari sudut perundangan tempatan serta antarabangsa. Turut serta ialah Puan Kimmy Khir, Penulis Lirik dan Ahli Majlis Persatuan Penerbit Muzik Malaysia, yang membawakan tajuk “Cabaran & Suara Industri: Perspektif Seorang Penulis Lirik”. Beliau berkongsi realiti industri muzik tempatan, termasuk isu pemilikan hak cipta, cabaran pengagihan royalti dan peranan persatuan dalam memperkukuh suara kreatif dalam ekosistem muzik negara.

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 192,331