SEMINAR HAK CIPTA, MUZIK DAN PENDIDIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI HARTA INTELEK NEGARA 2025

23 APRIL 2025 – Hari ini telah berlangsung Seminar Hak Cipta, Muzik dan Pendidikan sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2025 yang bertemakan “IP & Muzik: Muzik Kita, Milik Kita”. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Sh. Ariffin bin Sh. Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MyIPO, dan menghimpunkan para peserta dari institusi pengajian tinggi dan sekolah seni.

Sesi pembentangan telah diadakan oleh Encik Mohamad Rahimi Arafpin, Pegawai Hak Cipta MyIPO yang menyampaikan topik mengenai hak cipta dan hak eksklusif, serta Puan Nurulhamimi Abdul Rahman, Pensyarah dari UiTM, yang membincangkan topik “Muzik dalam Kandungan Pendidikan: Hak Cipta?”.

Seminar ini merupakan sebahagian daripada usaha MyIPO untuk memperkukuh kesedaran tentang hak cipta dalam kalangan pendidik dan pelajar agar karya kreatif terus dihormati dan dilindungi.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) MyIPO serta Encik Razhuan Hussin, Penolong Ketua Pengarah (Pentadbiran & Kewangan) MyIPO

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 120,317