SUMBANGAN ZAKAT MyIPO RINGANKAN BEBAN MEREKA YANG MEMERLUKAN

23 APRIL 2025 – Hari ini, MyIPO telah menyampaikan sumbangan zakat kepada beberapa pihak yang memerlukan sempena Majlis Aidilfitri anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Antara penerima ialah Hospital Putrajaya, yang menerima sumbangan sebanyak RM134,560.00 bagi tujuan pembelian peralatan perubatan. Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, kepada Dr Suraya Amir Hussin, Pengarah, Hospital Putrajaya.

Selain itu, MyIPO turut menyampaikan sumbangan zakat kepada beberapa individu dan institusi lain termasuk mangsa kebakaran rumah, mangsa kemalangan, serta Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha. Sumbangan ini bertujuan meringankan beban mereka yang sedang menghadapi kesulitan, di samping menyokong usaha pendidikan dan kebajikan anak-anak yatim.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MyIPO, yang mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan MyIPO dalam membantu komuniti dan menyemai nilai Malaysia MADANI.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Tuan Kamal Kormin, Ketua Pengarah MyIPO, dan En. Razhuan Hussin, Penolong Ketua Pengarah (Pentadbiran & Kewangan) MyIPO.

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 120,339