TEMUBUAL BERSAMA BERNAMA RADIO MENGENAI SAMBUTAN HARI HARTA INTELEK NEGARA 2025 (HHIN2025)

22 APRIL 2025 – Hari ini, YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) MyIPO, berkongsi tentang sambutan Hari Harta Intelek Negara 2025 (HHIN2025) dalam rancangan Jendela Fikir di Bernama Radio.

Dalam temubual tersebut, beliau menyentuh tentang bagaimana pemuzik dan pencipta lagu boleh melindungi karya mereka melalui pendaftaran hak cipta, serta pentingnya kesedaran tentang hak harta intelek dalam memajukan industri muzik tempatan. Beliau turut mengajak orang ramai untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik sepanjang HHIN2025 seperti bengkel, pameran, dan pertandingan yang berlangsung sehingga 25 April ini.

Tak sempat dengar tadi? Boleh layan siaran ulangan di Facebook di pautan ini:
🎧 https://www.facebook.com/share/v/15g8hnqHtR/

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 168,266