TEMUBUAL BERSAMA NASIONAL FM MENGENAI SAMBUTAN HARI HARTA INTELEK NEGARA 2025 (HHIN2025)

22 APRIL 2025 – Hari ini, YBrs. Tuan Haji Sh. Arifin Sh. Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MyIPO, berkongsi pandangan menarik dalam temubual bersama Nasional FM mengenai sambutan Hari Harta Intelek Negara 2025 (HHIN2025) yang bertemakan “Muzik Kita, Milik Kita”.

Beliau menjelaskan bagaimana tema ini memberi penekanan kepada kepentingan perlindungan hak cipta dalam industri muzik, serta bagaimana kesedaran terhadap harta intelek mampu menjamin masa depan industri kreatif negara. Beliau turut menyeru para penggiat seni dan orang ramai untuk mengambil peluang menyertai pelbagai program HHIN2025 yang berlangsung sepanjang April ini.

Jika anda terlepas siaran tadi, nantikan siaran ulangan di saluran rasmi Nasional FM!

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 121,037