ASAS HAK CIPTA

ASAS HAK CIPTA

Hak Cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.

KRITERIA HAK CIPTA

Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hak cipta ialah :­

  1. Karya sastera ;
  2. Karya muzik;
  3. Karya seni;
  4. Filem;
  5. Rakaman bunyi;
  6. Siaran; dan
  7. Karya terbitan

Karya-karya di atas adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan.

Walau bagaimanapun, perlindungan hak cipta hanya boleh diberikan kepada ekspresi idea dan tidak kepada idea, prosedur, kaedah pengendalian atau konsep matematik.

TEMPOH PERLINDUNGAN HAK CIPTA

  1. Karya Sastera, Karya Muzik atau Karya Seni
    Hak Cipta mengenai mana-mana karya sastera, muzik atau seni wujud semasa hayat pencipta dan hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun selepas kematiannya.

  2. Filem, Rakaman Bunyi dan Pelaku
    Hak cipta hendaklah wujud selama 50 tahun dari karya itu diterbitkan, dibuat penetapan untuk karya filem dan rakaman bunyi. Bagi pelaku, hak cipta itu hendaklah wujud daripada persembahan dilakukan atau penetapan dalam rakaman bunyi.

  3. Siaran
    Hakcipta dalam siaran, perlindungan berlaku dalam cara transmisi sama ada melalui cara wayar atau tanpa wayar (wireless), tempoh selama lima puluh tahun hendaklah dikira dari mana siaran pertama kali dibuat.

HAK PEMILIK DAN PENCIPTA HAK CIPTA

  1. Hak Perundangan
    Pencipta, pemilik hak cipta dan pelaku diberikan hak eksklusif untuk mengawal di bawah undang-undang hak cipta. Hak perundangan yang diberikan kepada mereka termasuk hak untuk menguatkuasakan karya berhakcipta mereka dalam kes-kes pelanggaran sama ada melalui tindakan sivil atau jenayah. Dari segi pelakuan jenayah, ia dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) atau Polis Diraja Malaysia.

  2. Hak Ekonomi
    Hak ekonomi yang diberikan kepada pemunya hak termasuk hak pengeluaran semula, hak penyampaian kepada orang ramai, hak untuk pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam, hak pengedaran dan hak sewa komersial. Hak ini boleh dilaksanakan dalam tempoh perlindungan yang dikawal di bawah Akta Hak Cipta 1987. Hak ekonomi membolehkan pemilik hak untuk memperolehi ganjaran kewangan daripada penggunaan karya-karya beliau oleh pengguna atau tujuan komersial. Hak ekonomi boleh diperolehi melalui penyerahan hak, pelesenan dan wasiat.

  3. Hak Moral
    • Hak Paterniti
      Hak ini membolehkan penulis untuk dikenali dan menuntut keaslian ciptaan mereka dikekalkan.
    • Hak Integriti
      Hak ini membenarkan penulis untuk menghalang mana-mana pengguna dari penyelewengan, pencacatan atau pengubahsuaian yang lain kerja-kerja beliau di mana hasil daripada pengubahsuaian yang ketara akan mengubah kerja asal dan menjejaskan kehormatan atau reputasi pencipta.

PERLANGGARAN HAK CIPTA

Sesiapa yang menggunakan mana-mana karya berhakcipta tanpa kebenaran daripada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku, adalah merupakan suatu pelanggaran di bawah Akta Hak Cipta 1987. Di antara perbuatan pelanggaran hakcipta termasuklah:

    • pengeluaran semula apa-apa karya berhakcipta dalam apa-apa bentuk bahan melalui tayangan, pertunjukan permainan atau pengedaran kepada orang awam,
    • pengimportan salinan langgaran karya-karya berhakcipta ke negara Malaysia.
    • pembuatan salinan langgaran karya-karya berhakcipta untuk tujuan jualan atau sewaan kepada awam;
    • penjualan, penyewaan dan pengedaran apa-apa salinan langgaran karya-karya berhakcipta dengan cara perdagangan, mendedahkan dan menawarkan untuk jualan atau sewaan;
    • memiliki salinan langgaran untuk tujuan perdagangan;
    • membuat pameran salinan langgaran karya-karya berhakcipta untuk tujuan perdagangan kepada orang awam;

CONTOH-CONTOH KARYA

AKTA, PERATURAN DAN TRITI

Akta Hak Cipta 1987 (Act 332)

Akta

Tajuk

Act A775

Copyright (Amendment) Act 1990

Act A952

Copyright (Amendment) Act 1996

Act A994

Copyright (Amendment) Act 1997

Act A1082

Copyright (Amendment) Act 2000

Act A1139

Copyright (Amendment) Act 2002

Act A1195

Copyright (Amendment) Act 2003

Act A1420

Copyright (Amendment) Act 2012

Act A1612

Copyright (Amendment) Act 2020

Act A1645

Copyright (Amendment) Act 2022

Peraturan-Peraturan Hak Cipta

Peraturan

Perkara

P.U.(A) 379/1987Copyright (Licence to Produce and Publish in the National Language a Translation of a Literary Work) Regulations 1987 (Repealed by P.U.(A) 212/2012)
P.U.(A) 380/1987Copyright (Notice of Prohibition of Import) Regulations 1987
P.U.(A) 382/1987Copyright (Public Libraries and Educational Scientific or Professional Institutions) Order 1987
P.U.(A) 314/1990Copyright (Application to other Countries) Regulations 1990
P.U.(A) 235/2000Copyright (Licensing) Regulations 2000 (Repealed by P.U.(A) 61/2022)
P.U.(A) 159/2012Copyright (Licensing Body) Regulations 2012 (Repealed by P.U.(A) 61/2022)  
P.U.(A) 160/2012Copyright (Voluntary Notification) Regulations 2012
P.U.(A) 212/2012

Copyright (Copyright Tribunal) Regulations 2012 [This Regulations repealed:

  1. Copyright (Licence to Produce and Publish in the National Language a Translation of a literary Work) Regulations 1987 [P.U.(A) 379/1987]; and
  2. Copyright (Licensing) Regulations 2000 [P.U.(A)235/2000]
P.U.(A) 185/2020Copyright (Copyright Tribunal) Regulations 2012

 

Bil.

Perkara

P.U.(A) 295/1994

Copyright (Public Libraries and Educational Scientific or Professional Institutions) (Amendment) Order 1994

P.U.(A) 154/1996

Copyright (Public Libraries and Educational Scientific or Professional Institutions) (Amendment) Order 1996

P.U.(A) 340/1990

Copyright (Application to other Countries) Regulations 1990 Corrigendum

P.U.(A) 18/1993

Copyright (Application to other Countries) Regulations 1993 Corrigendum

P.U.(A) 243/1994

Copyright (Application to other Countries) (Amendment) Regulations 1994

P.U.(A) 161/2000

Copyright (Application to other Countries) (Amendment) Regulations 2000

P.U.(A) 185/2020

Copyright (Copyright Tribunal) (Amendment) Regulations 2020

P.U.(A)

61/2022

Peraturan-Peraturan Hak Cipta (Organisasi Pengurusan Kolektif) 2022

P.U.(A)

62/2022

Peraturan-Peraturan Hak Cipta (Pemberitahuan Sukarela) (Pindaan) 2022

P.U. (A) 220

Copyright Order (Authorized Entity) 2022

Garis Panduan Hakcipta

Garis Panduan

Perkara

MYIPO/CR/1/2022

Copyright (Authorized Entity) Guidelines 2022

PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
mygovkpdnssmmycc
Jumlah Pengunjung : 41,378