SEMINAR HARTA INTELEK PERKUKUH PERANAN HARTA INTELEK DALAM INDUSTRI SUKAN

Petaling Jaya, 28 April 2026 – Petaling Jaya, 28 April 2026 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menganjurkan Seminar on Intellectual Property in Sports bersempena sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2026 di Akademi Harta Intelek, Menara MyIPO, PJ Sentral.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Komersial) MyIPO, Dr. Kamarul Faizal bin Hashim, yang menekankan bahawa harta intelek kini bukan lagi sekadar instrumen perlindungan, sebaliknya merupakan kelebihan strategik dalam memacu prestasi, memperkukuh penjenamaan serta memperluas peluang pengkomersialan dalam industri sukan moden.

Seminar ini menghimpunkan pakar industri dan pemain utama bagi membincangkan aspek perlindungan, monetisasi serta strategi harta intelek. Penganjuran ini selaras dengan tema HHIN 2026, “Harta Intelek Nadi Malaysia MADANI: IP & Sukan – Dari Idea ke Podium”, dalam usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai negara berteraskan inovasi dan kreativiti.

Program ini turut menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan harta intelek dalam industri sukan, khususnya dalam menghadapi landskap global yang semakin kompetitif dan berasaskan nilai.

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 814,873