MyIPO DAN SSM METERAI MOU SEMPENA MEMPERKASA EKOSISTEM PERNIAGAAN

Petaling Jaya, 13 April 2026 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam perlindungan harta intelek (IP) dan perkongsian data.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada perkongsian data secara berstruktur serta peluasan hebahan maklumat kepada komuniti perniagaan, dengan matlamat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan harta intelek dan tadbir urus perniagaan.

Ketua Pengarah MyIPO, Puan Yusnieza Syarmila Yusoff berkata, inisiatif ini akan membantu memperluas capaian maklumat IP dan mengukuhkan ekosistem pengkomersialan, sekali gus mengurangkan risiko pelanggaran harta intelek.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz pula menekankan bahawa kerjasama ini berupaya memperkasa landskap perniagaan negara ke arah lebih berdaya tahan, berintegriti dan mampan.

Kolaborasi ini turut menyokong pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi bagi membantu PKS dan syarikat pemula meningkatkan daya saing, sejajar dengan aspirasi pembangunan ekonomi berasaskan inovasi.

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 781,751