
Bukit Jalil, 16 April 2026 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menganjurkan program IP Talk – Game On: Create, Protect, Own di Sekolah Sukan Bukit Jalil sempena Sambutan Hari Harta Intelek Negara 2026 (HHIN2026).
Program yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah MyIPO, YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan harta intelek serta menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan generasi muda.
Lebih 100 pelajar terlibat secara aktif melalui sesi ceramah, aktiviti interaktif dan kuiz yang memberi pendedahan kepada konsep asas harta intelek serta potensi menjana nilai daripada idea kreatif, termasuk dalam bidang sukan.
Program ini turut menekankan peranan harta intelek sebagai aset bernilai dalam menyokong pembangunan kerjaya dan peluang ekonomi. Inisiatif ini akan diperluaskan ke beberapa sekolah sukan lain di seluruh negara pada 22 April 2026.
PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN
©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)