PENGHARGAAN KEPADA PENGGIAT SENI MUZIK & PENAMBAHBAIKAN SISTEM ROYALTI NEGARA

24 APRIL 2025 – Sebagai sebahagian daripada Sambutan Hari Harta Intelek Negara 2025, penghargaan telah disampaikan kepada 21 penggiat seni muzik tempatan atas dedikasi dan pencapaian mereka dalam memperkaya landskap muzik negara. Pengiktirafan ini merupakan tanda penghargaan terhadap usaha gigih dalam menghasilkan karya berkualiti tinggi serta membina identiti budaya melalui muzik.

Diharapkan pengiktirafan ini menjadi dorongan kepada lebih ramai pengamal muzik untuk terus berkarya, di samping meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya perlindungan hak cipta.

Penghargaan khas turut diberikan kepada anggota Tribunal Hak Cipta yang telah memainkan peranan penting dalam penyediaan Garis Panduan Pengurusan Hak Cipta Kolektif (CMO) 2025 yang diterbitkan secara rasmi pada 17 Januari 2025. Garis panduan ini merupakan langkah penting ke arah penambahbaikan sistem pengurusan royalti di Malaysia agar lebih cekap, telus dan adil kepada semua pemilik hak cipta.

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 161,017