ANGGOTA PERBADANAN

YBHG. DATU DR. HAJAH RASHIDAH BINTI BOLHASSAN

YBhg. Datu Dr. Hajah Rashidah binti Bolhassan dilantik sebagai Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 22 April 2022.

Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Sistem Maklumat daripada Victoria Busniess School, Victoria University of Wellington, New Zealand pada 2018, Executive MBA daripada Ohio University USA pada 1997, Sarjana Sains Perpustakaan daripada Universiti Syracuse USA pada 1986 dan Sarjana Muda Sains Perpustakaan dari Universiti Teknologi Mara pada 1984. YBhg. Datu Dr. Hajah Rashidah telah dipilih sebagai Pengerusi Majlis Pengarah Perpustakaan Negeri, Malaysia, pada 2006 hingga 2009, dan sekali lagi pada 2013 hingga 2020. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Wanita Negeri Sarawak (MWKS), dipilih sebagai Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) 2020-2022, dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap bagi International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA), Seksyen Membaca dan Literasi IFLA pada 2017 hingga 2022. Beliau juga merupakan salah seorang ahli dalam Bahagian Perkara Orang Asli IFLA.