SERVE & PROTECT: HHIN MEDIA PICKLEBALL CHALLENGE 2026 PERKUKUH HUBUNGAN MyIPO DAN MEDIA

PETALING JAYA, 26 APRIL 2026 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) hari ini menganjurkan program Serve & Protect: HHIN Media Pickleball Challenge 2026 sebagai platform menghargai serta memperkukuh hubungan strategik bersama rakan media.

Penganjuran program ini adalah bersempena sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2026 yang bertemakan “Harta Intelek Nadi Malaysia MADANI: IP & Sukan – Dari Idea ke Podium”, yang menonjolkan hubungan erat antara sukan, inovasi dan harta intelek dalam membina nilai serta memacu industri masa depan.

Melalui pendekatan santai dan interaktif, program ini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan, malah mempererat jaringan kerjasama antara MyIPO dan media dalam usaha memperluas kesedaran awam mengenai kepentingan perlindungan harta intelek.

Program ini turut mencerminkan komitmen berterusan MyIPO dalam mendekati pihak berkepentingan secara lebih inklusif dan dinamik, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

    Comments are closed

    PENAFIAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAKCIPTA | POLISI KESELAMATAN

    ©HAKCIPTA TERPELIHARA -PORTAL RASMI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

    PAPARAN TERBAIK DALAM CHROME, MOZILLA FIREFOX VERSI 8.0 & I.E VERSI 8.0 DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
    mygovkpdnssmmycc
    Jumlah Pengunjung : 791,878