ANGGOTA PERBADANAN

YBRS. TUAN ASMAALIFF BIN ABDUL ADAM

YBrs. Tuan Asmaaliff bin Abdul Adam dilantik sebagai Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 1 April 2023.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains Politik dan Ilmu Wahyu dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2017.

Beliau memulakan kerjaya sebagai penerbit buku di Pustaka Darul Iman Enterprise pada tahun 2012. Beliau meneruskan kerjaya sebagai seorang Pengurus sebuah syarikat perkhidmatan kenderaan dan Pegawai Inisiatif Rakyat (IPR).