ANGGOTA PERBADANAN

YBRS. PROF. MADYA DR. MAZLAN BIN ALI

YBrs. Dr. Mazlan bin Ali dilantik sebagai Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 1 Mac 2023.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Teologi dan Sejarah dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 1996 dan Ijazah Sarjana Politik dan Dasar Awam pada tahun 1998. Seterusnya pada tahun 2013 beliau memperoleh Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Demokrasi dan Pilihan Raya dari UM.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Tutor di Pusat Pengajian Diploma, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur pada tahun 1998. Kemudian beliau dilantik sebagai Pensyarah dan kini beliau merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, UTM Kuala Lumpur.